Soalan Lazim (FAQ)

Persoalan Mengenai Ceramic Business Club
Nota: Sila BACA & FAHAMI terlebih dahulu bahagian ini jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai Ceramic Business Club dan “Plan Booster”. Jika persoalan tidak dijawab di sini sila hubungi Upline atau pihak Admin. Anda juga boleh menggunakan saluran Chatting Yahoo Messenger bersama Team Admin untuk maklumat lanjut. Harap maklum!

1. Siapakah Team Jutawan Ceramic?

Team Jutawan Ceramic ini adalah satu cabang kumpulan Ahli Ceramic Business Club yang terawal berdaftar secara rasminya dengan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Keseluruhan operasi laman web ini dikendalikan oleh Team Admin Jutawan Ceramic. Laman ini diasaskan oleh En.Zulhilmi Abdul Ghafar. Ia direka khas untuk membantu mereka yang berminat dalam menjalankan perniagaan ini. Kami sedia membantu dalam mendaftar ahli baru dan membuat penerangan tentang konsep perniagaan dan juga rangkaian.

-

2. Siapakah Ceramic Business Club?

Ceramic Business Club (CBC) adalah jenama perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (780794-T) yang beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur. CBC merupakan sebuah program ganjaran dan kesetiaan keahlian. Berada dalam kelasnya yang tersendiri, CBC mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan sehingga kini keahliannya sudah mencecah hampir 1800 ahli. CBC adalah sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Ramai diantara ahlinya yang berjaya merubah hidup mereka menjadi lebih senang apabila menyertai perniagaan ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di Laman Mengenai Syarikat ataupun terus ke Laman Rasmi Syarikat. Alamat Syarikat :
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (780794-T)
Block H, Ground Floor, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
Tel no.

+ 603 - 4270 2898

Fax no.
+ 603 - 4270 2899

*Sila kemukakan no pendaftaran Admin Jutawan Ceramic iaitu AC 750983 untuk pengesahan keahlian kami.*

-

3. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?

Konsep perniagaan yang dijalankan oleh Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd ialah program kad keahlian yang menawarkan ganjaran dan keuntungan kepada ahli-ahlinya. Setiap ahli yang menyertai akan menerima satu kad keahlian CBC dan akan membawa jenama CBC dalam perniagaan mereka. Konsep ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetian ahli tersebut. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya. Konsep bisnes ini adalah sama juga dengan apa yang dilakukan oleh CBC. Anda akan menerima kad keahlian CBC dan akan menerima ganjaran dan keuntungan yang anda sahaja sebagai ahli berpeluang mendapatnya, orang lain yang bukan ahli tak dapat. Jenis keuntungan dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada CBC itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini di laman Konsep Perniagaan.

-

4. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma dilakukan secara offline dan kita juga tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka Sah dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet mahupun skim cepat kaya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. CBC juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap ahli yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama CBC. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang bukanlah ahli yang mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.

-

5. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?

Terdapat pelbagai keistimewaan yang diperolehi oleh ahli yang menyertai, dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh ahli-ahli yang mendaftar sahaja. Keistimewaan pertama ialah anda boleh menyertai program “The CeramicClub Sellback Franchise System”. Program ini hanya dibuka kepada ahli-ahli yang menyertainya sahaja.


Selain ganjaran program di atas, CBC juga menawarkan ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit Sharing, sebuah perkongsian keuntungan melalui pembelian profit sharing. CBC juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang mana setiap ahlinya boleh menukarkannya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, barangan ceramic dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Voucher KFC, Tiket Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Selain itu, setiap ahli akan diberikan satu Program Khairat Kematian (CCP) secara percuma. Program ini adalah satu keistimewaan dan merupakan satu program kebajikan yang hanya boleh dinikmati oleh ahli-ahli yang mendaftar sahaja.

-

6. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 Pakej Booster pilihan iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800, Pakej C: RM3,800. Setiap pakej ini mengandungi pilihan produk tertentu iaitu, Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin mengambil produk tersebut dan menjualnya sendiri atau untuk kegunaan sendiri, ataupun anda mengambil pilihan kedua iaitu dengan meminta syarikat menjualkannya untuk anda sebagai wakil jualan anda melalui “The Ceramic Club Sell Back Franchise System”. Syarikat akan membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran/bertangguh melalui pemberian “Post Dated Cheque” sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini di ruangan “Pilihan Pakej”.
-

7. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Giant Hypermerket apabila menjadikan Vaucher Giant sebagai produknya di dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia. Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya! Dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic Marketing akan memasukkan dua lagi voucer mebeli-belah iaitu Voucher KFC dan juga Voucher Pasaraya Parkson! Ini membuktikan syarikat ini boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC dan Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, adalah anda masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang sememangnya terhidang di depan mata anda ini?

-

8. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?

BETUL! Anda mendapat bonus daripada jualan produk oleh syarikat melalui sell back franchise tersebut. Bonus ini dipanggil Personal Bonus. Anda hanya membeli mana-mana pakej setiap bulan, dan meminta syarikat menjualkannya untuk anda. Contohnya, anda memilih Pakej C: RM3800, anda membeli pakej tersebut dengan harga RM3800, dan syarikat akan membantu anda menjualkan produk tersebut kepada pelanggan dengan harga RM4500. Jadi, keuntungan anda ialah RM700. Tak cari downline atau tak ada downline pun masih boleh dapat bonus juga! (sila rujuk ke bahagian “Pilihan Pakej” untuk keterangan lanjut)

-

9. Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".

Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, Mc'D dan Seven Eleven mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.

Cuba lihat Mc'D, dengan hanya sebiji burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise Mc'D ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat Mc'D telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik Mc'D tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda!

-

10. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?

TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah dijelaskan dalam soalan no 6 di atas.

-

11. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?

YA. Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang yang lain. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang anda terima (cek)daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan pembelian booster pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal anda tadi untuk membuat pembelian booster yang berikutnya. (sila rujuk bahagian “Pilihan Pakej” untuk keterangan lanjut atau hubungi Admin) Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang modal (cek) anda tersebut secara berulang setiap bulan. (Baki daripada transaksi tersebut adalah bonus anda!!) masih kurang faham? Hubungi Admin : 016-717 2481 / 017-345 2481.

-

12. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?

Bergantung kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej A dan B, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 2 bulan dari tempoh pembelian, manakala bagi Pakej C, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 3 bulan dari tempoh pembelian. Tetapi jika anda ingin memperkenalkan kepada rakan anda, jangka masanya lebih pendek lagi…

-

13. Saya berminat untuk menjadi Ahli Ceramic Business Club sekarang. Macam mana caranya?

Sila hubungi/SMS/email salah seorang Contact Point disebelah atau terus kepada Admin. Kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang pakej yang anda berminat dan membantu anda memilih pakej yang sesuai dengan kemahuan dan kemampuan anda. Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami.

-

14. Soalan saya tidak terjawab disini!

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, maka anda boleh hubungi/SMS/email kepada salah seorang Contact Point disebelah atau terus kepada Admin atau anda juga boleh melayari forum di CariGold.com.

=================================================
SOALAN LAZIM REPURCHASE:

Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan Re-Purchase / Belian Semula?

Re-Purchase bermaksud kita membuat pembelian semula Pakej Booster (Pakej A, Pakej B atau Pakej C) pada bulan seterusnya setelah kita membuat Pembelian Pertama pada bulan terdahulu. Re-Purchase hanya dibenarkan dilakukan sekali sahaja sebulan bagi setiap Distributor.

Soalan 2: Apakah kepentingan Re-Purchase / Belian Semula kepada Distributor?

Kepentingan Re-Purchase ini kepada setiap Distributor adalah bagi memastikan setiap Distributor layak mendapat Personal Bonus setiap bulan melalui pembelian produk ceramic yang dijual kembali kepada syarikat melalui Sell Back Option. Melalui Sistem Table Repurchase yang kumpulan kami cadangkan kepada setiap VIP Member, anda akan memperolehi pendapatan tetap setiap bulan bergantung kepada pakej booster yang dipilih oleh anda.

Bagi mana-mana Distributor yang mempunyai rangkaian downline/network, Re-Purchase ini akan melayakkan anda memperolehi Entrepreneur / Booster Rewards hasil daripada Repurchase Booster oleh rangkaian downline sedia ada dan juga Pendaftaran Downline Baru pada bulan berikutnya. Bagi Distributor yang tidak membuat pembelian semula, anda tidak layak untuk menikmati Entrepreneur / Booster Rewards pada bulan berikutnya.

Soalan 3: Saya adalah New Distributor dan baru menyertai Ceramic Business Club pada bulan ini. Adakah saya dikehendaki / dibolehkan membuat Re-Purchase pada bulan ini juga?

Tidak. Syarat untuk mana-mana Distributor membuat Sell Back Option bagi Pakej Booster yang dibeli hanya sekali sahaja sebulan. Jika anda baru mendaftar pada bulan ini, anda boleh membuat pembelian semula pada bulan berikutnya, bulan ini tidak dibenarkan kerana pendaftaran anda sebelum ini adalah termasuk sekali dengan pembelian Booster.

Soalan 4: Setelah saya membuat Re-Purchase Booster ini, dan memilih Sell Back Option untuk produk ceramic yang dibeli, apakah yang akan saya perolehi?

Setelah membuat pembelian semula dan memilih untuk Sell Back Option, syarikat akan membuat pembayaran kepada anda secara installment / ansuran dalam tempoh masa tertentu bergantung kepada Pakej Booster yang anda beli:

1. Untuk Pakej Tea Set (Pakej A : RM900), anda akan menerima pembayaran ansuran sebanyak RM500 pada bulan hadapan dan RM500 lagi pada bulan seterusnya. Eg: Pembelian pada bulan September 2008. Pembayaran RM500 pertama adalah pada bulan Oktober 2008 dan RM500 kedua pada bulan November 2008.

2. Untuk Pakej Dinner Set (Pakej B : RM1800), anda akan menerima pembayaran ansuran sebanyak RM1000 pada bulan hadapan dan RM1000 lagi pada bulan seterusnya. Eg: Pembelian pada bulan September 2008. Pembayaran RM1000 pertama adalah pada bulan Oktober 2008 dan RM1000 kedua pada bulan November 2008.

3. Untuk Pakej Tea + Dinner + Warmer Set (Pakej C : RM3800), anda akan menerima pembayaran ansuran sebanyak RM1500 pada bulan hadapan, RM1500 pada bulan kedua dan RM500 lagi pada bulan seterusnya. Eg: Pembelian pada bulan September 2008. Pembayaran RM1500 pertama adalah pada bulan Oktober 2008, RM1500 kedua pada bulan November 2008 dan RM1500 ketiga pada bulan Disember 2008.

Soalan 5: Bagaimanakah pembayaran ansuran ini dilakukan oleh syarikat kepada Distributor yang memilih Sell Back Option?

Syarikat memberikan anda 2 pilihan kaedah pembayaran kepada ahli-ahlinya. Anda bebas dan berhak memilih kaedah pembayaran yang dirasakan sesuai dan efektif untuk anda:

Kaedah 1 : Pembayaran melalui 'Post Dated Cheque'. Melalui kaedah ini, anda akan menerima cek yang bertarikh sama dengan tarikh pembayaran ansuran Booster anda. Cek-cek ini akan dikirimkan sekaligus kepada anda melalui penghantaran kurier dan akan diterima selepas 10 hari bekerja. Cek-cek ini hanya boleh ditunaikan melalui Mesin Cek Deposit dan pada atau selepas (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cek) tarikh yang ditulis pada cek tersebut. Sebarang cek yang ditunaikan sebelum tarikh yang tertulis adalah tidak sah dan anda bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul.

Kaedah 2 : Pembayaran melalui 'EV Payment System'. Melalui kaedah ini, anda akan menerima pembayaran ansuran pada tarikh pembayaran ansuran Booster anda terus ke dalam sistem e-wallet Ceramic Business Club. Resit pembelian akan diposkan ke alamat rumah anda sebagai bukti pembelian telah dilakukan. Anda boleh melihat transaksi pembayaran ini dengan login ke akaun peribadi anda di halaman Ceramic Business Club (www.ceramicclub.net).

Soalan 6: Jika saya ingin membuat Re-Purchase, apakah Pakej yang ditawarkan dan berapakah harganya? Adakah saya dikehendaki membayar semula Yuran Keahlian sebanyak RM155 setiap kali saya ingin membuat Re-Purchase?

Pakej yang ditawarkan ialah:

1. Pakej Tea Set (Pakej A) = RM900 (Pembayaran ansuran RM500 sebulan sebanyak 2 kali. Keuntungan RM100)

2. Pakej Dinner Set (Pakej B) = RM1800 (Pembayaran ansuran RM1000 sebulan sebanyak 2 kali. Keuntungan RM200)
3. Pakej Tea + Dinner + Warmer Set (Pakej C) = RM3800 (Pembayaran ansuran RM1500 sebulan sebanyak 3 kali. Keuntungan RM700)

Yuran Keahlian RM155 hanya dibayar sekali sahaja iaitu semasa pendaftaran terdahulu. Untuk melakukan Re-Purchase, pembayaran hanya berdasarkan harga Pakej Booster sahaja iaitu RM900 (Pakej Booster A), RM1800 (Pakej Booster B) atau RM3800 (Pakej Usahawan C). Anda tidak perlu menambah RM155 untuk melakukan Re-Purchase ini.

Soalan 7: Saya mendaftar sebelum ini dengan Pakej Booster A RM1055. Pada bulan ini saya ingin membuat Re-Purchase kepada Pakej Booster C RM3800. Adakah saya dibenarkan untuk membuat pertukaran Pakej Booster ini?

Anda bebas untuk memilih mana-mana Pakej Booster sebagai pembelian anda bulan ini. Tiada cas dikenakan untuk sebarang pertukaran dan tiada halangan daripada pihak syarikat. Anda akan menerima pembayaran ansuran seterusnya bergantung pada Pakej Booster yang dipilih.

Soalan 8: Saya membuat pembelian Booster sebelum ini pada 27hb. Pada bulan ini saya ingin membuat Re-Purchase lebih awal iaitu pada 15hb. Adakah saya dibenarkan untuk membuat pembelian lebih awal?

Anda bebas untuk membuat pembelian pada mana-mana tarikh bulan ini, asalkan pembelian tersebut dilakukan dalam bulan tersebut. Tiada cas dikenakan untuk sebarang pertukaran tarikh dan tiada halangan daripada pihak syarikat. Anda akan menerima pembayaran ansuran seterusnya bergantung pada tarikh pembelian bulan ini.

Soalan 9: Jika saya mempunyai EV (Electronic Value) yang mencukupi hasil daripada bonus overidding yang saya perolehi @ daripada pembayaran ansuran pembelian sebelum ini , bolehkah saya menggunakan EV tersebut untuk membuat Re-Purchase ini?

Boleh! Anda boleh menggunakan EV tersebut untuk membuat Re-Purchase Booster.

No comments:

 
")